Life Is A Drama..

Logo KBBA

16 November 2017

Cara-cara Nak 'Move On'


Bila putus kecewa ja,  masalah yang selalu seseorang tu nak hadapi adalah untuk 'move on'  dari kenangan lama.  Tak kira la apa kisah sebelum tu sekalipun,  bab nak move on tu paling susah nak lepas.  Tapi betul ke untuk 'move on' tu susah?

Memang masa awal-awal tu susah nak 'move on' tambah lagi bila kita dah terbiasa dengan keadaan tu untuk satu tempoh masa yang lama. Tak kira la dalam bercinta ke,  kerja ke atau apa keadaan sekalipun,  kalau kita terpaksa berpisah dengan keadaan yang kita dah biasa buat atau dengan orang yang kita pernah rapat,  bab 'move on' tu memang paling susah. 

Untuk 'move on' memang ambil masa untuk kita sesuaikan diri.  Aku pun pernah alaminya beberapa kali.  Dari hubungan sampai la ke bab kerja.  Memang mati kutu jugak la sementara nak biasakan diri.  Tapi 'move on',  aku sentiasa sibukkan diri dengan benda-benda baru atau taj terlalu menurut perasaan.  Iya la,  kalau mengikut sangat perasaan tu,  sampai ke sudah la aku susah nak 'move on'. 

Tak salah untuk mengingat apa yang pernah terjadi,  tambah lagi kalau benda tu menggembirakan kita. Tapi sampai bila kita nak terus mengingat benda yang lepas.  Sesekali teringat tu biasa la.  Lumrah manusia.  Cuma bila terlalu mengingat tu susah nak 'move on' sampai kita dah tak boleh nak buat satu benda pun. 

Aku tahu,  peringkat awal memang susah nak hadapi.  Memang akan sentiasa teringat ja sampai kadang-kadang terasa macam nak buat benda bodoh.  Tapi bila difikir balik,  buat apa nak buat benda bodoh sampai nak rosakkan diri? Buang masa dan tenaga. Hahahaha.... 

4 ulasan:

Syamimi Syazaa berkata...

bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan hati 😡

Leyla Nurjatiey berkata...

cuba POSITIVE..insyaAllah semuanya akan berjalan lancar..😄

atiehilmi dot com berkata...

hee~ kenapa kena move on ? tak payah la.. amik pengalamn sebagai titik tolak dan pengajaran untuk menjadi yang lebih baik dan mencari yang jauh lebih baik.. saya sejenis yang tak percaya ada manusia mampu move on dari kisah lama.. yang ada cuma rasa KENAPA dan MENGAPA..

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman berkata...

Nak move on memang sukar tapi bila dah start berubah tu memang kita tak paling belakang dah