03 November 2017

Berkelah di Sungai Samak, Tanjung Malim


Lepas habis fam trip ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya,  Sabtu lepas,  ada dua tiga orang member blogger ajak ke aku ke Tanjung Malim untuk berkelah pada esoknya, tumpang tidur kat rumah sorang lagi kawan blogger kitorang yang memang duduk kat Tanjung Malim tu. 

Tapi disebabkan aku dah ada janji dengan kawan dan family aku pada Sabtu petang dan malam,  terpaksa la aku tarik diri dari ikut dorang Sabtu tu.  Jadi aku pun jumpa kawan aku kejap petang tu dan malam tu,  melepak dengan family aku dekat rumah abang aku di Klang. 

Esoknya tu,  bila bangun lambat,  aku macam malas je nak pergi sebab rasa macam jauh, tapi selepas 'dipujuk rayu',  aku pun mengalah dan terpaksa la drift sorang-sorang ke sana.  Sedih kan?  Kalau ada bini boleh jugak buat teman. Hahahaha...



So,  dalam pukul 10.30 aku dah gerak ke Tanjung Malim dan sampai sejam lepas tu.  Mulanya aku ingat salah jalan sebab nak masuk ke dalam tu,  memang jalan kampung satu lorong dan sunyi gila.  So yakinkan ja diri masuk ke dalam tu.  Akhirnya,  jumpak jugak tempat dorang berkelah tu.  Memang jauh ke dalam la. 

Tapi... Berbaloi walaupun kereta aku 'cedera'  sikit.  Cantik weh tempat dia.  Sepanjang jalan tu,  kalau ada tempat yang korang boleh park kereta,  berhenti je la sebab sungai tu memang tepi jalan.  Sepanjang tu ada ja kereta yang berhenti untuk berkelah.


Masa aku sampai,  dorang tengah siap-siap untuk sesi bakar membakar.  Kiranya on time la aku sampai tu.  Hehehehe... Cuaca pun elok je tambah lagi duk kat tempat yang teduh.  Memang feel gila la untuk mandi dan makan. 

Tapi tak lama sangat pun kitorang lepak situ sebab hujan.  Ngam lepas habis makan dan mandi sungai lebih kurang,  hujan.  Walaupun tak lebat,  tapi bahaya jugak sebab takut kepala air jadi.  Nanti jadi kes lain pulak...





Insya allah,  next time aku nak pergi lagi kalau bukan musim hujan dah sebab tempat dia cantik dan tak ramai orang.  Kena pandai cari tempat la..

1 ulasan: