30 Oktober 2017

Tarikan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya


Kalau ke Putrajaya,  orang akan selalu pergi ke Dataran Perdana yang memang menjadi tarikan utama di Putrajaya sebab ada Masjid Putra dan Perdana Putra.  Memang aku kalau bawa kawan-kawan ke Putrajaya ni pun,  memang ke situ je la yang aku akan tuju.  Tak ada tempat lain dah.  Kalau ke tempat lain pun,  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali Masjid Besi. 

Tapi,  kali ni aku dah dapat satu tempat baru untuk bawa kawan-kawan kalau ke Putrajaya.  Lain dengan taman pertanian yang lain,  Taman Warisan Pertanian dekat Precint 16 ni memang ada kelainan berbanding taman pertanian yang aku pernah pergi sebelum ni.  

Hujung minggu lepas,  aku ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya dengan beberapa blogger lain untuk merasai sendiri keseronokan dekat sini.  Kami dibawa oleh guide yang bertugas dan ada beberapa checkpoint untuk kami turun dari buggy untuk sesi penerangan dan aktiviti.  

Sebelum tu,  untuk makluman ye,  Taman Warisan Pertanian ni meliputi 35 ekar luasnya yang meliputi kawasan kebun, sawah padi,  kawasan kebun getah yang ada 71 jenis klon getah,  ladang teh,  rempah dan kompleks pengunjung untuk korang merasai makanan-makanan tradisional Malaysia. 



Antara aktiviti yang kitorang buat dekat sini termasuklah menangkap ikan keli dekat kawasan sawah,  melihat aktiviti memungut madu kelulut,  aktiviti pemprosesan getah,  menoreh getah dan aktiviti-aktiviti lain. 

Korang jangan risau,  setiap tempat ni akan ada guide yang akan bagi penerangan dekat korang termasuklah menjawab soalan-soalan yang terlintas di fikiran korang.  Macam aku pergi hari tu,  memang guide tu jawab soalan-soalan yang ditanya dengan terperinci.  So,  memang dapat ilmu baru la sepanjang berada dekat situ. 




Selain tu,  sepanjang dekat sini,  kami jugak ditunjukkan dengan buah-buah nadir ataupun buah yang susah nak dijumpai sekarang ni.  Bagi aku,  buah yang aku baru kenal adalah buah beruas.  Luar dan bentuk macam buah manggis,  tapi rasanya masam-masam manis. Sebelum ni aku tak pernah kenal atau jumpa pun buah ni.  First time jumpa buah beruas ni. 
Buah Beruas

Isi buah beruas.  Macam manggis




Lepas dah separuh perjalanan,  kami dijamu dengan buah-buah tempatan yang segar dari ladang.  Tapi kena ingat ya,  semua ni dari permintaan korang sebelum ke sini.  Maksudnya,  korang kena inform awal kepada pihak pengurusan Taman Warisan Pertanian untuk uruskan bab makan buah-buahan dekat sini.  Harga memang berpatutan ya dengan kesegaran buah-buah ni.  Memang tak menyesal... Lagi satu,  buah-buah yang dijamu tu dilihat musim ya. Kalau bukan musim buah durian,  jangan harap la ada buah durian ya... Sebab buah-buah ni dari Taman Warisan Pertanian ni sendiri. 




Okay,  memandangkan cuti sekolah dah dekat,  aku cadangkan korang datang ke sini.  Iyalah,  sesekali cuba cari kelainan sikit.  Takkan nak cerita tempat yang sama kan? 

Harga Tiket : RM8.50 (Dewasa),  RM6.50 (Kanak-kanak)  -  warganegara
RM13.50 (Dewasa),  RM9.50 (kanak-kanak) - bukan warganegara
Telefon : 03-8893 1967 (HQ) / 03-8888 2722
Laman Web : Floria Putrajaya
Facebook : Putrajaya Floria
Instagram : @tamanwarisanpertanian

3 ulasan:

  1. beruntung sangat dapat kenal buah-buahan nadir di TWPP ni..

    BalasPadam
  2. Buah koko tu.. sedapnya..

    BalasPadam
  3. Boleh kurus kalau selalu pegi jalan situ kan firr.. Seronok..

    BalasPadam