11 Oktober 2017

Saat Kita Merasa Kita Sudah Bersedia


Pernah tak korang rasa yang korang sebenarnya dah bersedia untuk sesuatu,  tapi sebenarnya,  korang belum lagi bersedia?  Mungkin perasaan korang yang sebenarnya dah bersedia tu disebabkan keadaan sekeliling yang 'memaksa' korang rasakan diri korang tu sebenarnya dah bersedia. 

Setiap orang,  aku yakin,  sebenarnya pernah lalui perkara ni.  Sama ada sedar atau tak.  Macam aku sendiri,  aku pernah jugak rasa yang aku ni dah bersedia untuk pikul satu tanggungjawab disebabkan keadaan sekeliling,  tapi hakikatnya,  bila aku fikirkan balik,  memang aku tak bersedia.  Disebabkan keadaan sekeliling yang dah memikul tanggungjawab tu yang buatkan aku rasa aku dah bersedia,  tapi hakikatnya,  memang aku tak bersedia pun sebenarnya. 

Banyak benda yang kita rasa kita mampu untuk buat,  tapi mungkin belum tiba masanya untuk kita lakukan sesuatu tu.  Kita akan tetap lakukannya satu hari nanti,  tapi bukan sekarang.  Sebabnya,  Allah SWT lebih tahu bila masa dan ketikanya kita akan mampu untuk lakukannya. 

Jadi,  jangan mengeluh kalau apa yang kita harapkan tu belum menjadi realiti.  Sabar dan terus menunggu sebab semua tu rahsia yang Maha Pencipta

1 ulasan:

  1. Selalu sangat rasa macam tue. Yup, Allah SWT, lebih mengetahui. Apa yg kita boleh buat persiapkan diri kita supaya kita lebih bersedia. :)

    BalasPadam