Life Is A Drama..

Logo KBBA

23 Oktober 2017

Rasai Ketakutan di Nights of Fright 5, Sunway Lagoon


Kalau ikut bulan orang putih, bulan ni adalah bulan hantu ataupun pesta Halloween di mana hantu-hantu berkeliaran. So, trick or treat...heheheh... Hujung minggu lepas aku ke Sunway Lagoon buat pertama kalinya untuk ke Nights of Fright 5 (NOF5). Dekat pintu masuk pun dah dapat bayangkan macam mana keadaan kat dalam tu sebab suasana seramnya dah ada kat pintu masuk.




Dalam pukul 6.30 petang masa aku sampai tu, dah ramai orang duk tunggu sebab pintu dibuka dari jam 7.30 malam. Jadi aku rasa memang menarik la NOF5 ni sebab ramai gila orang, ditambah lagi dengan hujung minggu kan.

Elok je masuk dalam, ada persembahan pembukaan kat depan tu,  dapat la tengok 'hantu-hantu' menari sebelum semua orang merasai 8 rumah hantu, 4 persembahan pentas dan 11 thrill rides di 5 zon seram yang berbeza.




Disebabkan orang ramai gila dalam tu, aku cuma masuk di dua rumah hantu dan merasa 1 thrill rides ja. Iyalah, nak beratur pun dah lama gila sebab ramai yang nak merasai NOF5 ni. Antara yang aku sempat masuk  Pontianak vs Pocong dan Island of The Dolls dan dapat naik Pirate's Revenge.

Banyak elemen 'kejutan' bagi mereka yang berani sepanjang berada dekat Sunway Lagoon ni. Bagi yang tak berapa nak berani, aku yakin korang pun akan takut dengan 'hantu-hantu' ni sebab aku tengok memang ramai yang lari dari 'hantu-hantu' ni sebabnya, 'hantu-hantu' ni bukannya duduk dekat dalam rumah hantu je, tapi sentiasa berkeliaran mencari mangsa yang mudah untuk ditakutkan. kalau korang berani lagi, boleh ajak bergambar dengan hantu, kau ingat senang nak bergambar dengan hantu??






Tapi dalam banyak-banyak hantu yang berkeliaran, ada la yang aku berkenan dekat sekor dua hantu yang cun melecun...hahahha...dapat la ajak bergambar. Yang aku cuak pulak, hantu yang pegang chainsaw tu sebab aku pernah tengok satu movie hantu orang putih yang potong manusia pakai chainsaw. hahahaha...terus aku tak ajak bergambar...




So, korang yang nak rasai ketakutan di NOF5 ni, boleh ke Sunway Lagoon setiap Jumaat hingga Ahad yang akan berakhir pada 31 Oktober ni bermula dari jam 7.30 malam hingga 11.30 malam. Amaran ye, untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas je.

6 ulasan:

anaZarin Channel berkata...

Hantu mesir tu cun kan..boleh wat calon isteri ko fir..hahaha

Sue Izza berkata...

gambar no 2 last tu macam tak berapa nak takut je,muka gatalllll je nampak hahhahaa

Ana Suhana berkata...

Last year masuk juga rumah hantu di sunway lagoon ni. Punya lah takut sampai jerit kuat2. Sebelum hantu tu terjah kita,kita jerit dulu kat hantu tu. Haha. Kelakar bila ingat semula.

ai berkata...

Dah lama gila tak masuk rumah hantu.

Minionlicious Enterprise berkata...

amboi amboiiii..hantu cun melecun ye..hahaha

Migha berkata...

Tengok orang ke NOF macam seronok je. Tapi apakan daya seketul Migha nie penakut. Kahkahkah