30 Oktober 2017

Pakej Perkahwinan Di Laman Warisan Putrajaya

Cuti sekolah dah dekat,  mesti banyak dapat jemputan kenduri kan? Atau pun bagi yang nak berkahwin dalam masa setahun dua ni,  mesti dah mula cari tempat-tempat yang bersesuaian untuk jadikan majlis perkahwinan korang tu paling diingati dan yang penting,  mengikut bajet yang dah korang tetapkan. 

Okay,  aku nak cadangkan bagi korang yang nak kahwin, tapi ada bajet yang terhad dan nak lauk pauk yang sedap dengan suasana majlis yang nampak mewah,  korang bolehlah buat survey di Laman Warisan di Taman Warisan Pertanian,  Presint 16, Putrajaya. 


Pakej yang ditawarkan ni memberi peluang kepada penduduk sekitar Putrajaya,  Bangi dan Serdang terutamanya untuk adakan majlis perkahwinan romantik di bangunan rekaan tradisi dan dikelilingi kehijauan taman herba,  pokok komersial dan buah-buahan. 

Okay,  untuk pengetahuan korang,  pakej ni bermula serendah RM12, 500 dan antara yang korang akan dapat ialah :

-Menu perkahwinan tradisi Melayu dihidang secara buffet
-Meja pengantin dengan lauk pauk istimewa
-Sewaan dewan, kerusi,  meja dan dekorasi
-Pelayan terlatih
-Pelamin dekorasi beserta walkway
-PA System basic
-Lokasi fotografi percuma di Taman Warisan Pertanian
-Tempat letak kereta percuma
-Kemudahan tandas dan surau untuk tetamu
-Ruang persalinan/bilik menunggu. 


Okay,  untuk pengetahuan korang, pakej perkahwinan ni adalah hasil kerjasama antara Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB)  dan Felda D'Saji Sdn Bhd,  iaitu katerer perkahwinan terkenal di Lembah Klang. Jadi makanan dia,  insya Allah memang sedap. 

Baru ni,  lepas kitorang berseronok dekat Taman Warisan Pertanian yang terletak dekat tempat yang sama,  kitorang dibawa untuk merasai suasana majlis perkahwinan di Laman Warisan ni termasuklah dengan makanan yang ditawarkan. 


Suasana dia tak ubah macam kenduri yang korang buat kat dewan-dewan lain tapi,  suasana yang berbeza sebab ada elemen tradisional kat sini.  Dari segi dekorasi yang dibuat nampak simple,  tapi ada elegannya yang tersendiri. Makanan memang aku tak nafikan sedap.  Menepati citarasa aku yang memang suka makan. Ada empat pilihan pakej makanan ye... 

Selain daripada pakej perkahwinan,  Laman Warisan juga sesuai diadakan majlis-majlis lain macam majlis korporat,  makan tengah hari,  hi-Tea sekolah,  makan malak steamboat dan lain-lain dengan tempahan minima 100 orang pada satu-satu masa. 




Untuk maklumat lanjut,  korang boleh hubungi Pegawai Jualan Felda D'Saji Sdn Bhd,  En Mohd Azan Dalal di talian 014-338 8794 atau Siti Farhana di talian 010-421 7147. 

4 ulasan:

  1. Apa lagi firr..?Tempat dah ada tu utk kenduri

    BalasPadam
  2. bestnya..tak sabar nak kahwin kay sini..eh?

    BalasPadam
  3. ok firr, buat majlis dekat sni...senang nak pergi. hehe...

    best juga pakej yang dorang sediakan. menarik!

    BalasPadam
  4. yeayyyy fir nak kawin,jemput akak tau hehehhe

    BalasPadam