27 Oktober 2017

Bila Mood Masak Datang

Bila mood memasak ni datang,  makin kerap pulak bereksperimen dekat dapur rumah sewa aku ni.  Walaupun masak yang simple-simple,  tapi boleh jugak kalau nak bereksperimen.  Janji jangan sakit perut dah la.

Macam dua tiga hari ni,  aku rajin memasak walaupun apa yang aku masak tu,  simple sangat.  Takda yang boleh dibanggakan pun dengan masakan aku.  Tapi bagi lelaki bujang macam aku ni,  masak benda yang simple pun dah jadi kebanggaan.  Cewaahhhh...


Lepas tu aku terbayang,  kalau la aku ada rumah sendiri,  mesti aku rajin masak.  Maksud aku,  rumah tu aku beli,  bukannya menyewa macam sekarang ni.  Sebab bila duduk rumah sewa yang semi-furnished ni,  barang-barang dapur dah disediakan tuan rumah,  kami cuma beli bahan masak ja. Jadi nak memasak tu pun ikut mood sebenarnya.  Kalau rajin nak memasak,  baru pergi beli barang.  Kalau tak,  bungkus kat kedai je la.

Tapikan,  kalau dah ada rumah sendiri,  barang-barang dapur memang nak kena beli sendiri.  Contohnya macam periuk belanga semua.  Bila dah beli,  takkan tak masak,  jadi rugi pulak kan... So dari situ mungkin mood memasak akan datang selalu.  Itu pun kot la kan... Hahahahah...

Macam aku,  nak kata pandai memasak tu tak la.  Setakat jenis-jenis sambal,  masak kicap dan masak merah tu boleh la.  Kalau yang lain-lain tu,  boleh try and error dulu la kot... Bukan senang nak tengok lelaki bujang yang hensem macam aku ni masuk dapur kan...

2 ulasan:

  1. steady, lelaki bujang yang pandai masak biasanya memang kacak =P

    BalasPadam
  2. kalau ada rumah sendiri memang lagi seronok, bukan takat nak masak jer, menghias pun jadi seronok

    BalasPadam