03 Oktober 2017

Badminton Asia Jalin Kerjasama Dengan E-Plus dan Seri Mutiara

Memandangkan aku cuti hari ni, jadi aku ke majlis menandatangani perjanjian antara Badminton Asia dengan E-Plus Global Sdn Bhd (E-Plus) di Hard Rock Cafe,  Kuala Lumpur. 


Untuk pengetahuan korang,  Badminton Asia adalah sebuah organisasi berkaitan sukan badminton di Asia dan ianya terletak di bawah Badminton World Federation (BWF) yang bertanggungjawab dalam semua pertandingan badminton di Asia. Manakala E-Plus pula adalah sebuah agensi pengurusan acara yang dikenali dengan kebolehan untuk mempromosi dan menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa di rantau ini. 


Dokumen perjanjian yang ditandatangani oleh Presiden Badminton Asia,  Anton Aditya Subowo dan Ketua Pegawai Eksekutif E-Plud  Andrew Ching ini menandakan pencapaian baru bagi kedua-dua pihak untuk meningkatkan jangkauan sukan serantau.

Kerjasama yang dijalinkan oleh Badminton Asia dengan E-Plus ni dibina atas dasar kepercayaan untuk mencari idea dan program berkaitan sukan badminton bagi semua peringkat. Dengan kerjasama ni, ia juga dapat membantu untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat baru untuk diketengahkan bagi menghadapi Tokyo 2020 Olympics di Tokyo, kata Presiden Badminton Asia,  Anton Aditya.


Selain dari tu juga,  dengan kerjasama ni,  banyak program dari bermula dari sekolah,  akademi hinggalah ke kejohanan elite akan dilaksanakan secara berperingkat.  Maksudnya kat sini,  kerjasama ini akan memberi fokus terhadap kemajuan sukan badminton dalam platform yang lebih luas.

Sementara tu,  Andrew pula berharap dengan kerjasama ni,  ianya dapat memberi peluang untuk membina komuniti serantau,  terutamanya bila semua top ranking player adalah dari negara-negara Asia,  akan mengangkat sukan ni ke tahap yang lebih tinggi dan menarik lebih ramai pemain serta penyokong. 

Andrew juga berharap agar peminat dan pemain akan menyokong setiap program yang dianjurkan bagi menjadikan Asia sebagai hub latihan badminton bagi semua peringkat. 


Selain tu jugak,  dalam majlis ni turut diumumkan pelantikan bekas atlet badminton negara,  Koo Kien Keat sebagai High Performance Director of Badminton Asia.

Selain menjalin kerjasama dengan E-Plus,  Badminton Asia turut jalin kerjasama dengan Seri Mutiara untuk memindahkan pejabatnya ke sebuah hub sukan dan hiburan di Cyberjaya pada tahun 2020.  Antara fasiliti terbaru di hub tersebut termasuklah sebuah bangunan latihan dan 'Hall of Fame'  untuk Badminton Asia dan dalam masa yang sama,  Badminton Asia akan bagi komitment untuk pembangunan,  latihan dan menganjurkan program di situ.


CEO Kumpulan Seri Mutiara,  Datuk Yee Tuck Sing berkata,  pembinaan hub yang akan dikenali sebagai 'Mutiara World'  itu termasuklah indoor arena yang boleh menempatkan 12,000-14,000 penonton yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan macam pejabat,  hotel,  international boarding school dan macam-macam lagi. 

Selain tu,  Mutiara World juga boleh dijadikan lokasi untuk semua aktiviti sukan dan hiburan seperti kejohanan badminton,  lokasi konsert dan festival dan acara-acara lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan