12 Oktober 2017

Apa Yang Menarik Di Lost World of Tambun?


Bila hujung minggu ja,  mesti semua tengah fikir nak buat apa kan?  Takkan nak duduk terperap kat rumah atau nak keluar melepak ja kan? Bosan jugak kalau tiap-tiap minggu duk buat benda yang sama.  Jadi,  aku nak cadangkan untuk korang pergi bercuti dan tenangkan fikiran ke Lost World of Tambun (LWOT).  Aku jamin yang korang akan rasa puas dan seronok bila korang habiskan masa hujung minggu korang dekat sini.  Memang lost terus dari 'dunia'  luar. 

GLAMPING


Macam baru ni,  aku dan ramai kawan-kawan blogger ke LWOT. Macam-macam aktiviti yang kami buat dekat situ.  Yang menarik,  kami tak tidur kat hotel tau.  Dah biasa sangat tidur kat hotel. Hahahaha... Yapi kami tidur dekat glamping tepi tasik.  Memang tenang ja view dia dekat sini.  Satu glamping camp ni boleh masuk empat orang.  Luas dan selesa untuk empat dewasa. Kalau ada anak kecim pun,  masih selesa jugak. Tapi disebabkan khemah,  tak ada la tandas dalam tu,  korang kena guna tandas luar la... Jalan kaki dalam 50 meter macam tu... Tak jauh pun dan tandas dia pun selesa dan bersih.


Masa dekat LWOT ni la,  aku pertama kali tidur dalam glamping ni.  Pengalaman baru untuk aku dan aku rasa sangat menarik sebab selesa.  Mulanya aku ingat cuma khemah biasa which is kena tidur atas tanah semua, tapi andaian aku salah.. Hehehe... Rupanya siap ada katil bagai. Kiranya di lusr jangkaan aku la. 

HYPPO KINGDOM

Selain dari glamping dan water themepark dekat LWOT,  aku ke Hyppo Kingdom untuk tengok binatang-binatang yang ada dekat sini dengan lebih dekat.  Macam dekat Hyppo Kingdom ni,  ada badak air,  buaya,  rusa,  dan hyena.  Kalau korang pergi ke zoo biasa,  jarak korang dengan binatang-binatang tu agak jauh,  tapi dekat sini,  memang dekat gila dengan korang. Tapi masih selamat la.  Jangan risau... Hehehe... Dan yang menarik dekat sini,  aku dimaklumkan yang LWOT adalah satu-satunya zoo untuk orang ramai tengok badak air dan buaya dari bawah.  Which means yang korang boleh tengok apa yang binatang-binatang tu buat dalam air.  Memang ada tempat khusus untuk orang yang datang.


Lepas tu,  korang jugak boleh bagi makan dekat rusa-rusa yang dibiar bebas dekat Hyppo Kingdom ni.  Kiranya boleh duduk sebelah-sebelah dengan rusa ni dan siap boleh pegang lagi tau. Hehehehe.... Aku sempat la bagi makan and pegang rusa ni. 

Spooky Halloween

Memandangkan masa kami datang tu,  Halloween dah bermula,  kami masuk la ke rumah hantu ni.  Seram gila.  Kalau tengok dari luar,  macam tak ada apa sangat. Tapi bila masuk ke dalam, mula la meremang segala bulu yang ada.  Belum masuk pjlum,  dah ditemani sorang 'nenek'  ni dekat pintu..  Adoiii..

Dah la masa masuk tu aku duk belakang sekali,  lagi la si 'penunggu'  tu seronok menyakat.  Keluar ja dari situ,  terus aku cari tempat duduk,  gigil lutut aku.  Hahahah... 

Disebabkan masa kami pergi tu Halloween dah bermula,  banyak tempat-tempat di dalam LWOT dihiasi dengan 'hantu-hantu'.  Termasuklah di Lost World Petting Zoo.  Yang menariknya dekat Petting Zoo ni,  ada beberapa check point yang ada permainan untuk korang cuba.  Permainan dia tak susah pun,  tapi menyeronokkan.  

6th MILES TUNNEL

Masa hari pertama tu,  kami dibawa untuk meneroka satu terowong yang digunakan untuk aktiviti perlombongan bijih timah.  Macam korang tahu,  Perak pada satu masa dahulu dikenali sebagai pengeluar bijih timah antara yang terbesar di dunia.  Jadi kami dibawa untuk melawat tempat tu.  Serius aku cakap,  memang seronok walaupun penat masa trekking tu.


Dengan keadaan gua yang gelap,  tapi of course ada headlamp, nak berjalan tu cukup susah sebab korang kena berjalan dalam keadaan cahaya yang terhad,  keadaan jalan yang tak rata dan meranduk air.  Air pun tak dalam,  paling singkat separas buku lali dan paling dalam separas pinggang di awal korang masuk gua.  Tapi sepanjang perjalanan sejauh 900 meter tu,  korang akan diberi penerangan oleh jurupandu.  Korang jugak boleh tengok proses pembentukan stalaktit dan stalakmit.  Kagum aku weh,  kuasa Allah. 

Lost World Petting Zoo

Dekat sini pulak,  lebih kurang macam di Hyppo Kingdom,  tapi bezanya dekat sini haiwannya kecil-kecil.  Kiranya sesuai dengan nama dia la,  pet which is haiwan belaan,  tapi tak semua la sesuai dibela.  Hahahaha... Macam-macam ada.  Ada burung-burung,  marmoset, ular sawa,  tapir,  tarantula,  kura-kura dan banyak lagi la kiranya.  Aku jugak berpeluang untuk bagi makan dekat beberapa haiwan dekat sini.  Korang pun boleh bagi makan kalau nak.



Selain tu,  sepanjang aku ada dekat petting zoo ni,  setiap tempat haiwan yang aku berhenti  akan ada renjer yang bersedia untuk bagi penerangan.  Memang mesra betul.  Tanya je apa saja,  mesti akan dijawab.  Tapi yang berkaitan dengan haiwan-haiwan tu la.  Jangan tanya dia dah kahwin ke belum.  Lebam bijik mata nanti... Hehehe...

Wetlands
Ok, tempat ni serius di luar jangkaan aku. Mulanya aku ingatkan kami akan bersaraoan di taman tema air,  rupanya tak. Kami dibawa ke petting zoo dan dibawa untuk makan di tengah-tengah paya di tengah gunung.  Serius memang cantik tempat dia.  Tapi kalau korang nak makan dekat sini,  dorang boleh organizekan untuk korang.  Tapi dalam kuantiti yang tak ramai la.  Mungkin dalam 30 orang sesuai la. 

Makan dan Minum

Untuk korang yang menginap dekat sini,  jangan risau bab makan dan minum sebab di LWOT,  banyak tempat makan yang menarik termasuklah Kepura Cave untuk private function.


Contohnya macam Kepura Cave,  korang akan makan dalam gua semula jadi.  Makanan korang boleh berurusan dengan pihak LWOT dan pasti tak menghampakan.  Jujur aku cakap ni sebab makanan dia memang superb la termasuklah untuk set BBQ dia kalau korang stay di glamping site.


Kalau di Dulang Tea House pulak,  korang boleh pesan makanan orang dulu-dulu la kiranya. Paling best roti tumbuk.  First time aku makan tu walaupun selalunya biskut tu aku cicah dengan kopi o je.  Makanan lain pun sedap terutamanya roti bakar cicah kari ayam.  Perghh.... Kari dia memang terbaik la,  pekat dia... Layannn... 

Jadi,  korang jangan risau untuk datang ke LWOT sebab banyak gila aktiviti untuk korang buat kat sini.  Bukan mandi-mandi je tau.  Sesuai untuk yang berkeluarga dan untuk anak-anak muda remaja macam aku ni. Tambah lagi,  nanti akan ada satu lagi tarikan baru di LWOT macam Avatar tu. Korang boleh ke instagram LWOT atau ke website untuk tahu pakej-pakej dan tarikan di LWOT.. Aku dah sampai,  korang bila lagi?

Klik sini untuk tengok aktiviti kami kat sini

7 ulasan:

  1. Fir.. dulang tea house tu.. org luar boleh masuk tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena beli tiket jugak... Sebab dia mmg dlm lost world

      Padam
  2. Part glamping tu best. Rate satu malam berapa?

    BalasPadam
  3. tq for sharing.
    lom pernah gi lagi :-)

    BalasPadam
  4. Wahhhh, sangat best dan exciting masuk ke lost world of Tambun ni

    BalasPadam
  5. Satu percutian yang sangat menarik!

    BalasPadam
  6. menarik banyak aktiviti boleh buat

    BalasPadam