30 September 2017

Sejarah Menara Condong Teluk Intan

Kebetulan lepas aku ke kenduri kawan sekelas aku di Bagan Datuk, aku terus ke Beting Beras Basah buat kali keduanya sebab aku suka suasana kat situ.  Relaks ja rasa.
Lepas tu,  masa on the way balik,  alang-alang aku ajak member aku ke Menara Condong dekat Teluk Intan sebab dah memang menghala balik kan?  Nak masuk highway tu senang,  jadi singgah je la terus.  Lagi pun,  aku sendiri tak pernah ke situ walaupun orang Perak.  Ye la,  jauh kot kalau nak pergi dari kampung aku.  Ada la dalam dua jam untuk aku ke Teluk Intan kalau dari kampung.


Kami sampai dalam pukul 4 macam tu dan masa tu tak berapa ramai sangat orang.  Bila sampai ja,  aku terus bergambar dekat depan menara ni sebelum naik ke atas.  Jangan risau kalau korang naik sebab tak terasa pun condongnya.  Hehehhe... Okay,  ni ada sejarah tentang Menara Condong Teluk Intan :


Menara ni dibina pada tahun 1885 oleh seorang kontraktor bernama Leong Choon Chong bagi menempatkan tangki air bagi kegunaan penduduk setempat masa musim kemarau atau masa berlaku kebakaran.  Selain tu,  menara ni jugak digunakan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Teluk Anson (kini dikenali sebagai Teluk Intan) pada masa dulu. 

Kecondongan menara condong ni selalu dibandingkan dengan Menara Condong Pisa di Italy. Tapi,  menara condong di Teluk Intan ini cuma setinggi 25 meter dengan 110 anak tangga berbanding Menara Condong Pisa yang setinggi 55 meter. 

Menariknya,  menara condong Teluk Intan ini dinmbina dengan menggunakan rekabentuk 'pagoda'. Kalau korang tengok dari luar,  mungkin ada yang ingat menara ni mempunyai lapan tingkat,  TAPI sebenarnya,  menara ni cuma setinggi tiga tingkat sahaja.  

Selain tu,  menara ni dibina menggunakan kayu dan batu bata. Lapisan bawah menara dibina dengan menggunakan batu dengan garis pusat berukuran 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran garis pusat 8. 3 meter. 

Kini,  Menara Condong Teluk Intan berfungsi sebagai menara jam.  Jam tersebut dipasang di dalam pada tahun 1894 yang dibeli dari London,  buatan firma J W Benson-Lutgathil. 


Okay,  jadi korang kalau kebetulan ada dekat kawasan terdekat tu,  boleh la singgah ke Menara Condong Teluk Intan.  Ye la,  nak ke Italy budget takda,  dapat ke sini pun jadi la.

2 ulasan:

  1. Belum penah smpai sana.. harap2 dptla tgk depan mata kn..

    BalasPadam
  2. Dulu masa duk Ipoh teringin nak pegi sini, tapi tak pernah sampai. Skrg dah duk Putrajaya, tatau bila la boleh sampai sana .huhu

    BalasPadam