Life Is A Drama..

Logo KBBA

24 September 2017

Kerana Sepinggan Nasi?

Adat orang kita,  bila dijemput untuk ke kenduri kahwin,  mesti akan dijawab 'insya Allah'.  Sama la macam aku.  Itu juga jawapan aku bila dijemput ke kenduri kawan-kawan atau pun saudara.  Iya la,  bila dah kerja ni,  tak tentu jugak keadaan.  Tak pun bila dah tengah-tengah bulan kendurinya,  memang sesak sikit la.  Tapi aku akan cuba usahakan jugak untuk pergi ke kenduri kawan-kawan terutamanya kenduri kahwin.  

Tapi bila fikir-fikir balik,  berbaloi ke pergi kenduri kahwin,  terutamanya yang jauh-jauh,  semata-mata untuk sepinggan nasi minyak berlaukkan ayam masak merah,  gulai daging dan acar buah? Macam tak berbaloi kan?  Baik masak sendiri atau makan kat kedai ja.  Jimat banyak oooo...  Boleh makan banyak kali kalau masak sendiri.

Macam Sabtu lepas,  aku ke Bagan Datuk untuk hadiri majlis kahwin classmate aku masa degree.  Tiga jam drive dari KL,  lepak dekat kenduri sekitar 2 jam,  kemudian balik.  Macam tak berbaloi kalau fikir kan...  Pergi balik dah 6 jam untuk makan sepinggan nasik.
 

Tapi,  bukan sebab sepinggan nasi minyak tu yang jadi keutamaan.  Tapi sebab satu ikatan yang dipanggil persahabatan dan persaudaraan.  Jujur aku cakap,  aku akan cuba usahakan untuk ke majlis kenduri kahwin kawan-kawan kalau diberi izin dan kena dengan waktunya. Ikatan tu lagi penting dari sepinggan nasi berlaukkan seketul ayam masak merah.  Walaupun jauh,  semua tu takkan terasa bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan walaupun sekejap.  Lepas rasa rindu bila dah lama tak jumpa. 

Aku pernah ke Terengganu naik bas pada jumaat malam dan balik keesokan malamnya.  Aku pernah ke Johor,  sama macam tu jugak. Kiranya balik hari la.  Aku pernah ke Kedah selama dua malam sebab tolong majlis kenduri kawan aku.  Semua tu atas dasar persahabatan dan saudara. 

Semua tu bukan jadi masalah dekat aku sebab ikatan yang ada tu lagi penting.  Walaupun penat sikit,  tapi semua tu rasa berbaloi walaupun ada yang cakap,  tak berbaloi untuk aku pergi.  Hahahaha...

Apa pun,  aku nak ucapkan tahniah dekat Tia dan suami atas ikatan yang dibina.  Semoga ikatan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

3 ulasan:

Scha Nazri berkata...

betul. ikatan tu yg penting. tpi nak harap pihak pengantin dtg balik wedding kita agak susah sikit. jgn berharap sgt lahh haha

Shahrul Yusof berkata...

Kalau nak fikir sebab nak makan je nak pegi kenduri, alamatnya memang tak akan pergi la jadinya. Hehe.
Seronoknya datang kenduri ni sebab boleh jumpa kawan-kawan dgn saudara mara yang kita sendiri dah lama tak jumpa.

Migha berkata...

Betul tue. Lagi seronok kalau kawan tu kawan baik kita and dah lama tak jumpa..