Life Is A Drama..

Logo KBBA

27 September 2017

JAKM Bukan Jus Kunyit Biasa

Zaman sekarang ni, kalau sebut kunyit, ramai yang akan fikir bukan-bukan. Hahahahaa.. betul tak? Aku pun tak tahu kenapa kunyit yang jadi pilihan untuk aktiviti macam tu.


Well, bukan tu yang aku nak ceritakan. Tapi ni tentang Jus Asam Kunyit Madu atau singkatannya, JAKM. Kalau dulu, selalunya perempuan lepas bersalin yang akan minum air kunyit ni untuk  sembuh lepas bersalin, setahu aku la. Kalau salah tolong betulkan. Tapi, dengan JAKM ni, bukan perempuan ja boleh minum, tapi yang si lelaki pun boleh minum. Sebab apa? Sebab bahan-bahan dalam JAKM ni banyak membantu untuk kesihatan korang.

Sebelum tu, aku nak cerita sikit tentang JAKM ni. JAKM ni dibuat sendiri di rumah dan JAKM ni dibuat tanpa bahan pengawet, insya Allah. Yang bestnya, penyediaan JAKM ni dibuat secara tradisional. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk JAKM ni bahan-bahan yang memang kita tahu baik untuk kesihatan kita. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah ibu kunyit, halia, asam jawa , temu kunci, madu, saffron, habbatussauda dan gula melaka yang mana kita tahu, setiap ramuan ni mengandungi manfaat yg tersendiri.

Contohnya, ibu kunyit mampu menyembuhkan luka dalaman, mengempiskan perut, mencantikkan kulit, anti bakteria. Halia pulak boleh mengeluarkan angin dalam badan. Temukunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga, menghilangkan kelesuan dan letih-letih badan. Manakala, Saffron bagus utk penjagaan dan kecantikan kulit. Habbatussauda pulak mampu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Madu untuk tingkat daya ingatan, anti kanser, tingkatkan kesuburan suami isteri dan manisan pengganti gula. Gula melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.

Antara khasiat JAKM : 
- membantu menurunkan berat badan
- Bantu rawat masalah kulit
- Bantu proses pencerahan kulit secara alami
- Bantu naikkan aura seri wajah
- Bantu rawat haid tidak teratur dan darah kotor
- Bantu menstabilkan kolesterol dalam darah
- Bantu buang angin dalam badan
- Bantu rawat ibu-ibu dalam pantang atau lepas bersalin
-Bantu melambatkan proses penuaan (awet muda)
- Bantu rawat luka jahitan lepas bersalin
- Bantu rawat masalah rahim atau peranakan
- Bantu rawat masalah bau nadan
- Bantu atasi masalah keletihan
- Bantu kurangkan masalah gastrik
- Bantu atasi migrain atau kerap sakit kepala
- menstabilkan gula dalam darah
- tingkatkan kesuburan suami isteri
- mencegah batuk/selsema/asma
- melancarkan sistem pencernaan
- Menurunkan paras kolesterol

Jadi, semua orang boleh minum termasuklah perempuan, lelaki atau yang muda-muda ni. Untuk ibu-ibu dalam pantang pun boleh minum tapi dengan syarat, anak dah lepas dari demam kuning ye...


Aku sendiri minum air JAKM ni. Serius aku cakap, memang sedap. Rasa macam minum air asam boi dan ada rasa kunyit sikit dekat hujung-hujung tu. Segar rasanya tambah lagi bila minum masa sejuk. Perghh...rasa segar badan.

Perubahan lepas minum?  Bab angin memang settle la. Tambah lagi, aku memang banyak angin dalam badan, jadi bila keluar angin tu, rasa lega. Lepas tu, bila badan letih, minum JAKM ni, insya Allah rasa cergas. Macam aku bila habis kerja aku buat Grab, jadi badan memang letih sikit la. Lenguh-lenguh badan macam tu. Tapi lepas amalkan JAKM ni, bangun pagi badan rasa ringan ja. Senang nak bangun sebab rasa badan ni segar. Bab kolestrol dan sakit kelala aku tak berani nak kata apa, cuma aku dapat rasa beza. Selalu masa tengah hari aku akan sakit kepala sikit. Tak teruk sangat la. Tapi bila minum JAKM ni, memang dah jarang aku sakit kepala bila sampai waktu tengah hari. Alhamdulillah.


Setiap kali minum pun tak banyak, bukan habiskan satu botol tu pun, cuma minum setengah gelas setiap pagi dan malam. Untuk kesegaran berterusan,  korang bolehlah letakkn dalam peti sejuk. Kesegaran akan kekal selama 2-4 minggu. Rasa masam-masam manis, segar mestinya sedap kan? Boleh diminum sejuk atau pun suam. Harga RM12 sebotol ja. 

Jadi, kalau korang nak rasa JAKM ni, korang boleh hubungi Puan Azrina di talian 019-382 8369 atau ke Facebook Puan Azrina atau ke laman Facebook JAKM atau ke Instagram JAKM untuk maklumat lanjut. 

6 ulasan:

IQ = Izyan Balqis berkata...

sedap jakm ni, stok dah nak habis, kena restock cepat2!

PERMATABIRU berkata...

Produk best..mmg rekomen juga dkt kawan2

Eyqa Hasnan berkata...

Minum banyak lagi fir

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

macma menarik ni , bagus untuk kesihatan kan ? CCL belum cuba lgi

Cik Puan Ena berkata...

Mmg bagus.sy dlm pantang mmg minum.. buatan nenek sendiri.. penah operation pom minum elok baikkn luka dalm..

qaseh dalia berkata...

Sedappp ikut hati nak togok sebotol sehari