03 Ogos 2017

Nilai 1 Parking Lot Di KL


Bila duduk kat bandar-bandar besar ni terutamanya di kawasan flat atau apartment selalunya isu parking akan jadi masalah utama. Cukup susah sebenarnya nak cari parking. Tambah-tambah lagi kawasan yang padat. Kalau balik kerja, dapat satu parking tu pun dah cukup bersyukur gila walaupun agak jauh nak menapak ke lif atau rumah.

Iya la, cuba bayangkan, walaupun ada parking bertingkat untuk satu kawasan flat contohnya, satu rumah bukan ada satu kereta. Paling kurang pun, satu rumah ada dua bijik kereta. Itu bagi yang dah berkeluarga, kalau yang bujang-bujang ni pulak, mau satu rumah ada tiga empat bijik kereta. Jadi nak selesaikan masalah ni, terpaksa la double park. Itu pun belum tentu lagi dapat. Nak kena berebut pulak.

Jadi, nilai parking dekat kawasan bandar ni terutamanya KL memang cukup mahal. Bersyukur la kalau dapat parking terutamanya yang tinggal di kawasan flat. Kalau tak ada parking, terpaksa double park. Bila dan double park tu, jangan buat hal pulak tarik handbrake. Tak pasal-pasal pecah cermin kereta tu nanti. Nasihat aku, kalau double park tu, tinggal la nombor telefon walaupun tak tarik handbrake, just in case kan...

Masa mula-mula aku kerja kat KL, aku tengok ramai yang berebut parki g. Kalau ditempat kerja, bila sorang tu dah dapat parking dalam kotak, and ada kerja luar atau pergi meeting, semuanya tak nak guna kereta sendiri. Katanya sebab dah dapat parking elok, takut balik meeting tak ada parking. Dalam hati aku, alaaa, parking je pun, nak risau apa. Tapi bila aku sendiri dah ada kereta, baru aku faham perasaan dorang kenapa taknak guna kereta sendiri bila ada meeting dekat luar. Hahahahha...itu la, gelakkan lagi dekat orang, bila kena diri sendiri, baru aku rasa... adeihhh, tobat lepas ni taknak gelakkan dekat orang dah...

3 ulasan:

  1. memang agak payah nak mencari parking..kalau sekali round tu terus dpt parking dlm kotak..alahai syukur sungguh rassnya..kalau dah tak de sangat tu terpaksalah double park..tp jgn plak bebuat lupa tarik handbrake atau footbrake..naya kereta lain nt..cara terbaik tinggallah notes no phone kita kan just in case emergency ke apa..

    BalasPadam
  2. Lagi sedih kalau nak double park pon tak ada tempat.. rasa macam nak tidur dalam kereta je..

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/

    BalasPadam