05 Ogos 2017

Kenapa Perlu Makan Bila Tension?



Pelik, apa kaitan tension dengan makanan? Macam tak ada kaitan langsung, tapi bila orang stress, semuanya akan cari makanan. Tapi kenapa makanan? Kenapa bukan pergi gym ke, main tali getah ke apa ke, kenapa makanan? Aku dok tertanya-tanya dari semalam.

Kebetulan semalam aku ada satu masalah yang pertama kali terjadi dalam hidup aku. Balik tu, aku jadi stress, makanan jugak yang aku cari. Memang masa jadi tu, aku tak lapar, tapi bila dah rileks sikit, terus aku cari makanan. Masalahnya, bila dah makan tu tak rasa kenyang. Nak kata tak baca doa, aku rasa aku dah baca doa makan. Tapi tak kenyang jugak.

Sudahnya, aku beli burger sebijik untuk supper. Nasib gak aku beli sebab malam tu aku tak boleh tidur sampai pukul 3 pagi mengenangkan nasib yang melanda aku. So aku makanlah burger tu jam 2 pagi. Kau rasa??

So aku terfikir, apa kaitan makanan dengan tension?

2 ulasan:

  1. Otak tengah serabut. At least perut happy pun dah ok..

    BalasPadam
  2. nampaknya kita berkongsi soalan yg sama! hahaha!

    BalasPadam