12 Jun 2017

Dah Hilang Mengidam


Akhirnya setelah dekat tiga bulan aku menahan rasa mengidam dalam hati, malam ni baru dapat aku puaskan 'nafsu' aku dekat Ipoh. Lama ooo rasanya menunggu nak dapat makanan ni. Dekat kawasan aku kerja sekarang memang tak ada yang sesedap nasi vanggey Greentown, Ipoh ni. Dia punya kari...pergghhh padu baq hang... tak ada mamak yang dapat lawan ke'padu'an kari dekat Vanggey ni.

Ini pun secara kebetulan aku bawa mak abah berbuka puasa dekat rumah abang aku dekat Ipoh ni, malam tu aku lepak dengan kawan-kawan aku dekat Vanggey. Perghhh... rindu gila dekat mamak ni. Iya la...masa aku duduk dekat Ipoh dua tahun lebih, boleh kata setiap minggu mesti sekali aku pekena nasi Vanggey ni. Kalau tak kena, rasa macam tak lengkap pulak minggu tu. Hahahaha...

Dan mungkin kebetulan rezeki aku malam ni, aku dapat dua ketul ayam goreng vanggey yang sedap tu, tapi harga sama, hehehehe... aku tak mintak pun, tengok-tengok dapat dua ketul, kira rezeki la kan... mungkin mamak tu tahu kot aku dah lama tak pekena nasi dia...hahaha... Alhamdulillah....

2 ulasan:

  1. best nyaaa.. dah lama gak x makan..

    BalasPadam
  2. Nasi vanggey ni boleh ketagih ye.. Saya tak pernah lagi makan nasi ni.. Nak gak rasa gak 1 hari nanti

    BalasPadam