28 Januari 2017

Mesej Tersirat Webfilm Tahun Baru Cina Dari TNB

Sebelum apa-apa...aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Xin Nian Kuaile kepada semua kawan-kawan aku yang menyambutnya. 

Macam biasa, setiap kali menjelang musim perayaan, tak kira la perayaan apa sekalipun, iklan-iklan atau webfilem dari semua syarikat aku tengok. Menarik dan pastinya ada mesej yang nak disampaikan kepada penonton. Macam Tahun Baru Cina tahun ni, webfilem dari Tenaga Nasional Berhad atau TNB menarik perhatian aku.


Aku rasa semua orang tahu, setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, perkara pertama yang kita dengar selain tarian singa dan mercun adalah acara 'makan besar'. Apa yang aku tengok dan dengar cerita dari kawan-kawan aku yang berbangsa Cina, masa ni la nak berkumpul ramai-ramai dan berbual terutama dengan ahli keluarga yang jarang berjumpa. Masa ni adalah untuk semua ahli keluarga ketepikan segala perbezaan dan pertelingkahan yang pernah berlaku bagi merapatkan semula ikatan.

Dan apa yang best lagi, masa 'makan besar' ni, semua ahli keluarga yang ada dan datang masa acara tu lagi penting dari makanan-makanan yang dihidangkan. Betul tak? Lama dah tak jumpa, tentu banyak benda nak berbual dan kadang-kadang sampai tak berapa nak hiraukan pun dekat makanan tu...hehehehe...

Tapi kan, bila berkumpul ramai-ramai ni, mesti ada bermacam perangai yang korang akan jumpa termasuk saudara-mara korang. Iya la, ada yang berubah. Tapi, bagi aku, perbezaan sikap setiap orang tu perlu diraikan dan bukannya diketepikan. Biasa la, perangai manusia ni pelbagai ragam. Kalau tak, tak meriah la hidup kan?

Sama macam makanan yang terhidang sewaktu sambutan Tahun Baru Cina, ada bermacam-macam. Ada yang manis, ada yang kurang sikit rasanya, ada yang bulat, ada yang bersegi-segi bentuknya, tapi itu semua menarik perhatian kita untuk makan makanan tu kan? Sama juga perangai manusia, pelbagai macam, tapi itu yang menceriakan. Perbezaan tu tidak menjadikan seseorang itu lebih baik atau lebih jahat, tetapi perbezaan itu yang jadikan kita semua gembira. Bak kata orang la, bersatu teguh, bercerai roboh. Betul tak? Kebahagiaan itu tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.

Semua yang aku cakap ni sebenarnya adalah mesej yang aku dapat dari webfilem dari TNB ni. Cuba tengok semula webfilem tu dan aku yakin, korang pun akan setuju dengan aku.

TABLE OF HARMONY

Haaa...dah tengok video tu...aku nak cadangkan korang cuba untuk main 'Mystery Dish' ni.. sama macam dalam webfilem tu...heheheheh... aku dah dapat dah...aku dapat Paper Wrapped Chicken'...heheheh...


Nak cuba? korang cuba ikut langkah-langkah ni kemudian korang share tengok dengan aku. Tak pun korang suruh kawan-kawan korang cuba sekali...

Langkah 1 :
Buka website : http://betterbrighter.my/tableofharmony


Langkah 2 : Klik 'Unveil Mystery Dishes


Langkah 3 : Klik 'Discover what mystery dish you are and join the table'


Langkah 4 : Pilih salah satu daripada empat jawapan tu.

Jeng, jeng jeng...maka dapatlah mystery dish korang tu...hehehehehe...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke laman sosial TNB seperti kat bawah ni...


16 ulasan:

  1. Tak test lagi..nanti nak test lah

    BalasPadam
  2. Macam menarik je. Nanti nak cuba lah

    BalasPadam
  3. Saya x tengok lg, xpe lps ni klik video tu . Selamat bercuti Fir

    BalasPadam
  4. Wahhh ada game. Nanti boleh try.

    BalasPadam
  5. Amboi kemain vouge gambar paper wrapped chicken tu hhehehe

    BalasPadam
  6. menarik webfilm tu, banyak mesej berguna yang disampaikan. TOH tu pun menarik, boleh cuba buat.

    BalasPadam
  7. wah... paper wrapped chicken.. hahahaha kiut

    BalasPadam
  8. betul...kalau ada ahli keluarga yang personaliti lain daripada yang lain, kita tak boleh paksa dia berubah. Tetapi kita patut menerima dengan hati terbuka dan meraikan.

    BalasPadam
  9. hahah mystery dish fir mmg mystery ni

    BalasPadam
  10. Ramai2 pakat try game tu.. Jom..

    BalasPadam
  11. haha.. comel tapi macam mengundang "sesuatu" je firr..

    BalasPadam
  12. kiter dapat telur punya mystery dish.

    BalasPadam
  13. yup perbezaan tu diketepikan..datang bersuka ria..bergelak ketawa..bila lagi

    BalasPadam