11 Jun 2016

Rahsia Itu Tak Perlu Cerita



Nama pun rahsia...memang la tak perlu diceritakan pada sesiapa. Tapi lumrah manusia, kita memerlukan seseorang untuk berkongsi apa yang kita pendam dan apa yang kita rasa...dan pastinya, orang yang kita rasakan paling sesuai untuk cerita adalah orang yang panggil 'SAHABAT'... orang yang paling kita percaya, insan yang paling kita hargai...

Tapi percaya pada kata-kata aku, ada sesetengah perkara, jangan sesekali kita ceritakan walaupun dengan insan yang kita panggil 'SAHABAT'. Walaupun kita percaya pada sahabat, percayalah, pasti tidak akan hilang kelegaan tu.

Cukuplah rahsia itu kita ceritakan dengan yang di atas sana, Allah SWT. Bila kita bercerita dengan yang di atas sana, aku yakin, kita semua akan berasa lega, tenang dan lebih yakin. Ada masanya, sesama manusia pun kita akan ada rasa ragu-ragu, walaupun dengan 'SAHABAT'.

Aku tak nafikan, ada masanya sahabat itu penting. Tapi 'kelegaan' untuk diluahkan atau dikongsi rahsia tu tak akan hilang. Pasti akan ada ragu-ragu.

Insya Allah..apabila kita menceritakan rahsia itu pada yang lebih berhak, kita akan merasa tenang dengan sendirinya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan