21 Jun 2016

Pantasnya masa berlalu...setahun dah...



Cepatnya masa berlalu...sedar tak sedar...20 Jun 2016, genap setahun aku habis praktikal di Perak Today...dan Alhamdulillah... sekarang ni aku bekerja di Perak Today...berakhir di bulan puasa...dan genap setahun pun di bulan puasa jugak...

Mungkin rezeki aku pada masa ni di Perak Today...mungkin masa aku mula-mula praktik dulu, aku rasa 'down' sikit sebab tempat aku praktikal tak terkenal macam orang lain yang praktikal di Utusan, Kosmo, Berita Harian, Astro, TV3 dan RTM...tapi Alhamdulillah, rezeki aku dekat Perak Today...

Rezeki Allah SWT tu luas...kat mana-mana pun ada...yang penting usaha dan tawakkal kepada Allah...biar lah orang nak cakap apa pun walaupun aku tak bekerja di syarikat-syarikat besar...sekurang-kurangnya aku dah ada kerja walaupun tak seperti orang lain..bagi aku, aku rasa aku dah cukup berjaya walaupun kadang-kadang ada rasa iri hati dengan member-member lain yang lebih berjaya...rezeki aku tertulis dekat sini...

1 ulasan:

  1. Betul. Rezeki ada di mana2. Yang peting yakin dengan rezeki yang ditetapkan oleh-Nya

    BalasPadam