05 Jun 2016

Berkampung di Kuala Kangsar



Hari ni adalah hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P067 Kuala Kangsar dan maka dengan itu, bermulalah aku untuk 'berkampung' di sini selama dekat dua minggu...lebih kurang...

Kalau seminggu dua sebelum ni, aku banyak berulang alik dari Ipoh ke Kuala Kangsar, tapi sekarang ni aku kena 'menetap' di sini dalam dua minggu...dan dalam tempoh dua minggu tu, politik semata-mata... kadang-kadang politik ni menarik, kadang-kadang menjengkelkan, kadang-kadang membosankan...jadi mana satu?



Apa yang lagi menyesakkan aku, tempoh berkempen selama dua minggu ni diadakan dalam bulan puasa atau dalam erti kata lainnya, dari seawal puasa sampai la pertengahan puasa...adeihhh...tapi tak apa la... benda biasa bagi orang media...kena bersiap sedia selalu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan