03 Februari 2016

Isu MB Kedah: Apa pendapat aku?


Bagi yang minat tentang dunia politik tanah air, mesti tahu tentang apa yang terjadi seminggu dua ni. Kecoh dua minggu kebelakangan ni tentang isu Menteri Besar Kedah yang dikatakan hilang kepercayaan dari ADUN-ADUN Kedah terhadap (bekas) Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Tapi, awal-awal aku cakap, ini adalan sekadar pendapat peribadi aku sebagai salah seorang yang ambil tahu tentang dunia politik di negara ni. Tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Seawal aku dapat tahu tentang hilang kepercayaan terhadap Mukhriz ni, aku sendiri terkejut. Bukan apa, angin tak ada, tiba-tiba ada satu sidang media yang mengumumkan mereka ni hilang kepercayaan terhadap Mukhriz. Apa sebab?

Antara alasan yang diberikan, Mukhriz gagal untuk satukan jentera UMNO/BN Kedah untuk menghadapi PRU yang akan datang dan beberapa lagi alasan lain yang aku rasakan sangat kurang munasabah. Aku tahu, aku bukan orang yang duduk dalam kepimpinan UMNO Kedah, tapi perkara tu aku sendiri dapat rasakan ada udang di sebalik batu.


Bagi aku, secara peribadi, Mukhriz orang yang 'bersih' dari segala isu dan skandal yang besar. Tak ada isu yang boleh menjejaskan reputasi dia sebagai MB Kedah. Setakat 'serangan' kecil dari pihak lawan, aku rasa mana-mana negeri pun hadapi perkara yang sama.

Mungkin disebabkan dia anak 'seseorang' yang lantang mengkritik pucuk pimpinan negara dan Mukhriz yang tidak 'sebulu' dengan Presiden parti, maka ada unsur-unsur untuk menjatuhkan beliau sebagai MB Kedah.

Perkara ni dapat dilihat apabila Mukhriz dilihat ambil langkah selamat dengan tidak menyatakan sokongan kepada 'individu' terbabit, maka ada gerakan untuk menjatuhkan beliau dengan alasan, hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.


Dari apa yang aku baca di media-media arus perdana dan portal berita, Mukhriz tidak akan menyatakan pendirian selagi hasil siasatan tidak diputuskan. Aku rasa itu satu langkah yang baik sebagai seorang pemimpin.

Betul, sebagai seorang pemimpin bawahan, perlu untuk seseorang itu menyokong pemimpin atasan sekiranya pemimpin atasan tu didapati tidak bersalah tapi digesa untuk meletakkan jawatan. Berlainan dengan Mukhriz, dia ambil langkah untuk tidak nyatakan sokongan selagi siasatan belum tamat. Apakah itu salah? Mukhriz bukannya kata dia tidak sokong, sebaliknya hanya menunggu siasatan dijalankan sepenuhnya. Cant you wait for that??

Tapi sekarang, nasi dah jadi bubur. Mukhriz dah terima nasib yang sama seperti yang menimpa dua pemimpin tertinggi UMNO, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie.

Apa yang aku boleh katakan, bersabarlah DS Mukhriz. Ramai yang sokong anda. Tidak mustahil Kedah akan jatuh semula ke tangan pembangkang dalam PRU akan datang. Dalam keadaan UMNO/BN yang makin tenat sekarang ni, membuang orang yang mempunyai pengaruh besar adalah satu tindakan yang bodoh dan keterlaluan.

Bersabarlah DS Mukhriz, TS Muhyiddin dan DS Shafie. Rakyat sentiasa bersama anda. Apa yang membuatkan aku kagum, ketiga-tiga pemimpin ini tetap setia pada UMNO,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan