26 Januari 2016

Tajuk Novel Sekarang Makin Merepek

Nak cari novel tajuk macam ni dah susah...

Setiap bulan aku akan hadiahkan dekat diri aku sendiri sama ada dalam bentuk barangan atau makanan. Itu janji aku setiap bulan untuk penat lelah aku bekerja selama sebulan. Selalunya, lepas beli barang-barang keperluan diri, aku akan cari novel atau buku-buku knowledge reading untuk diri sendiri. Kalau makan-makan, tak ada la mewah sangat, selalunya aku ke KFC ja pun walaupun kadang-kadang dua tiga kali sebulan aku pergi ke KFC..cuma bila dapat gaji ni, kesedapan KFC tu lain sikit...hehehehe...

Okay...nak cerita direct ja la kan..setiap kali aku beli atau usharr novel dekat kedai buku, aku mengeluh. Setiap kali ya..bukan selalu. Sebabnya??aku rasa tajuk-tajuk novel yang makin mengarut dan acah-acah hipster kononnya. Aku tak tahu kenapa tapi mungkin sebab ikut trend sekarang kot, orang nak tajuk-tajuk yang lebih senang nak catchy...tapi aku tak setuju.

Sebab aku tak setuju adalah dah hilangkan mood aku untuk beli dan baca novel tu. Aku tak nafikan, novel tu kadang-kadang menarik (based on the synopsis), tapi disebabkan tajuk yang macam hampehhh, hilang mood aku nak membeli dan baca.
Tajuk??hermmm....
Aku bukan setahun dua baca novel ni, aku rasa dah dekat 12 tahun aku minat membaca novel cinta, dari darjah 6...aku nampak perubahan tajuk-tajuk novel ni...makin merepek. Novel aku yang terhenti menulis sekarang ni pun, aku rasa dah macam tajuk acah-acah hipster. Hehehehe..tapi mungkin bila dah siap aku akan tukar tajuknya...sekian sahaja komen aku..

Terima kasih.

Ps: Mat Novel Bukan Lelaki Lembut

1 ulasan:

  1. Kan.. pelik2 je takut.. Reen skrg, kalau beli novel tengok siapa novelisnya dulu atau baca review dr fb dulu.. Sblm nak beli tu Reen target nak novel apa. Kalau x target, sukati je Reen beli novel, lps tu x baca.. hehehe

    The One best.. semua novel Melur Jelita Reen dah ada.. best..

    BalasPadam