12 Disember 2015

Hari Tanpa Berfikir

Seriusly, aku perlukan hari yang macam ni..aku nak buat semua benda yang boleh melepaskan segala tekanan, penat dalam satu hari.

Aku boleh ada satu hari tu, tapi masalahnya, setiap kali aku cuti, ada saja aktiviti aku yang kadang-kadang tak dirancang pun...ambil cuti, selalu memang dah ada aktiviti aku...aku teringin nak bercuti dan 'mengangkang' kat rumah atau wayang tanpa berfikir apa-apa.

Aku nak tutup data internet, nak tengok wayang, shopping barang-barang yang perlu, lepak, tengok movie kat laptop, buat facial dan tak perlu fikir tentang kerja. Itu yang aku nak.

Tapi rasanya macam tak dapat ja..hahaha...sebab hari cuti aku ada ja aktiviti. Walaupun aktiviti tu seronok, tapi aku tak dapat kepuasan..aku kena buat sesuatu yang betul-betul puaskan aku...tapi apa?

Itu kena fikir dulu...
posted from Bloggeroid

1 ulasan:

  1. yup! kita kena buat dan cari benda yang kita suka buat, benda yang bila kita dapat buat tu, memang passion dan minat kita..kat situ memang akan dtgkan kepuasan..insyaAllah:)

    BalasPadam