08 November 2015

Bila giliran kau??



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi...sebaik ja selesai menunaikan solat Zohor dekat masjid, abang aku, Shahrul Nizam Mat Radzi selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Salwa Hassan...cinta dari tingkatan 6 ni woiii....abang aku ni, beza umur kami cuma setahun...



Macam biasa, sebelum ke masjid, ada makan-makan dan buat doa selamat sikit dekat rumah...dan aku dapat soalan cepumas...

"Hang bila pulak pidoih??" Soalan dari Mak Ngah aku...jawapan aku?? Senyum dan cakap "tunggu mak cari..."hahahaha....

Tadi kat masjid pun ada kawan-kawan abang aku tanya, bila turn aku untuk menikah...aku cakap la lambat lagi, sebab takda calon...hahahaha

So, apabila abang aku selamat bernikah, dalam keluarga aku yang enam beradik ni, tinggal aku sorang ja yang masih belum menikah dan masih belum bawa balik sesiapa jumpa mak dan abah...

Dari kiri: No 1, No 2, No 5, aku, No 3, No 4...cuba teka aku nombor berapa...hahahaha

Sebabnya?sebab aku memang belum ada sesiapa pun...malas fikir bab-bab kahwin ni lagi...mungkin bila umur aku dalam 28, baru aku akan fikir untuk ke peringkat seterusnya...sekarang ni, cuma nak fikir cari kerja yang kukuh dan beli asset...

Ok, kembali pada topik, lepas ni, memang akan banyak soalan-soalan yang akan tanya bila giliran aku untuk berkahwin, sebab cuma tinggal aku sorang ja yang belum menikah dalam family aku...

Aku mintak mak tolong carikan, mak tak mau...hahaha...mak cakap,

"hangpa yang nak kahwin, mak pulak kena cari..nanti mak cari, hangpa tak berkenan pulak, la ni, biaq hangpa yang cari..."

Ok..aku gelak ja...



By the way..ramai yang cakap muka aku dengan abang aku lebih kurang...cuma aku ni versi comel...betul ke?


posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan