Jujur, ini pertama kali aku dengar tentang The Other
Festival..itu pun sebab berjumpa dengan Ben dan Sohoque semalam dekat Plan B,
Ipoh dan terus kenal dengan dorang…dan apa yang aku tengok, banyak event-event yang menarik untuk disertai, dan program yang diadakan ni berbentuk santai sambil berhibur...
okay…jom kita tengok majlis apa yang ada untuk The Other Festival 2015 ni…sebelum terlupa, The Other Festival ni berlangsung selama dua minggu hingga 8 November nanti…
okay…jom kita tengok majlis apa yang ada untuk The Other Festival 2015 ni…sebelum terlupa, The Other Festival ni berlangsung selama dua minggu hingga 8 November nanti…
tapi majlis yang
dianjurkan memang berbeza…sekarang aku bagitahu tentang majlis yang diadakan
pada minggu pertama festival ni..ini aku senaraikan tiga event yang sangat
menarik perhatian aku…
Company Man oleh Cheeky Park
Ini adalah persembahan tarian, pantomen, akrobatik dan ada
iringan muzik. Ada dalam enam hingga tujuh orang akan hiburkan kita semua dalam
persembahan yang ambil masa lebih kurang satu jam. Persembahan ni akan
berlangsung pada 23 dan 24 Oktober ni, jam 9 malam di kawasan letak kereta
belakang Han Chin Pet Soo, Jalan Bijeh Timah…percuma woiiii….
Pelancaran buku Fixi ‘Hungry in Ipoh’ dan ‘Hard Core’
Siapa suka baca novel Fixi? Macam aku, aku baru mula nak
jatuh cinta dengan novel-novel fixi ni, jadi digalakkan diri sendiri untuk
datang ke sini…hahahaha…ok… ada 15 cerpen dalam buku ‘Hungry in Ipoh’ tentang ‘syurga makanan’ yang ada dekat Ipoh
ni…macam korang baca dalam blog aku, aku pun banyak buat food review di Ipoh ni…jadi,
tak rugi kalau korang dapatkan buku ni..
Buku kedua pula ada cerpen terkini dari Megat Ishak. Ada 13
cerita untuk kita semua dan sekali lagi, buku fixi..hahahaha…
Pelancaran buku ni diadakan pada 24 Oktober (Sabtu, hari
cuti tu..boleh datang) di Sepaloh Art Centre, Jalan Sultan Iskandar jam 2
petang.
Porcelain Painting Workshop by Eric Lai
Walaupun aku ni bukan bertangan seni, tapi aku teringin nak
mewarna, tambah-tambah dekat tembikar…tapi kalau dah tangan tak berseni, tak
menjadi jugak…tapi kan, tapi kan, tapi kan…hehehhe..kalau dilatih dari awal,
memang akan berjaya, insyaAllah..tangan tu akan’lembut’ jugak untuk mewarna…bengkel
ni akan diadakan pada 24 dan 25 Oktober di Zabarang ART Studio, Jalan Othman
Talib
Dan banyak lagi la yang menarik…dan aku rasa semuanya di
hujung minggu. Jadi dari korang duduk terperuk kat rumah tu, baik datang sini,
sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti hujung minggu. Santai je aktiviti ni
semua..tak berat kepala..heheheh…
Kalau nak tahu lagi tentang aktiviti-aktiviti sepanjang festival ni, boleh ke Facebook The Other Festival 2015...
dan aku pun hampir terlupa nak bagitahu yang kesemua event ni berlangsung di kawasan pekan lama atau Old Town Ipoh...jadi sambil-sambil bersantai dengan event diorang, kita boleh tengok apa yang ada di Old Town Ipoh ni...
9 Ulasan
alaaa . tringin nak pergi old town ipoh tuu ..
BalasPadamPoyo
Padamingt ipoh ingt kopi.
BalasPadamlepak hujung minggu kat event ni mnarik gak.
Jom p sama.....hahaaaa
PadamBest jugak nie,boleh sambil balik tgk abah akak..ehehe..
BalasPadamLama tak pergi ipoh..tringin nak makan chee chong fun..haha
BalasPadamsokong komen diatas poyo ....
BalasPadamnanti naik ketapi mohon disambut firr....
lalu je kat highway bila balik kg
BalasPadamMenarik ni
BalasPadamTinggalkan komen anda di sini...
Emoji