03 Julai 2015

Tips Berjimat Sambut Syawal Yang .......

Wahhh....mesti ramai yang nak balik kampung kan raya ni?tapi dengan minyak naik, tol mungkin naik, nak beli baju raya lagi...so macam mana nak berjimat?

Siang tadi, ramai yang share tips yang berguna dari seorang pakar motivasi untuk berjimat raya nanti...



Tipsnya...jangan balik kampung raya ni dan jugak bila-bila...memang jimat..jimat duit minyak, duit tol, duit persiapan raya...memang confirm jimat gila-gila...

Mulanya aku ingat statement ni dikeluarkan oleh 'orang atas' sebab diaorang kan suka keluarkan statement-statement yang .....errrr...korang tahu kan maksud aku...hahaha

Rupanya statement bi dikeluarkan oleh pakar motivasi...aku baca aku dah gelak...

Memang la nak berjimat, tapi...cuba fikir, raya setahun sekali, masa ni la kau nak jumpa saudara dan kawan-kawan lama...

Kalau ya pun nak membodek..tak perlu la sampai keluarkan statement yang merapu macam ni..buat orang ramai lagi sakit hati ja...

Cukup la sekadar beberapa orang kat atas tu keluarkan statement yang 'bijak' tu...

Kalau nak berjimat sekalipun..takkan la sampai tak nak balik jenguk mak abah kat kampung? Takkan taknak ziarah kubur tok nenek tu...

Rakyat tak kisah bab nak berjimat..tapi tengok keadaan la...dengan harga minyak naik, tol yang mungkin naik, GST yang tak sesuai dilaksanakan sekarang lagi, takkan sampai tak boleh nak balik ke kampung? Adoiii laaa...itu dah jadi haji bakhil namanya...

Nasib badan la dapat pakar motivasi macam ni....
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. huhu.. tu antara calon menteri fasola pasir berbutir butir..

    BalasPadam
  2. Antara statement yg org akan ingat bila bila, ingat dgn menyampah

    BalasPadam