08 Julai 2015

Simpan Gajet Anda Semasa Hari Raya...

Semenjak telefon pintar ni makin murah kan...semua orang makin celik dengan isu-isu semasa..betul tak? Dengan telefon pintar jugak la..kita dapat berhubung dengan orang jauh dalam sebelah tangan ja...tak perlu tunggu surat bagai...

Dulu kan..masa raya...kita cukup seronok dan tak sabar tunggu saudara mara, abang kakak, pakcik makcik paktih maktih semua la...balik kampung..sebab masa ni la dapat jumpa dengan sepupu semua...



Sebab apa kita seronok dan tak sabar?sebab kita tak tahu pun dorang balik bila, dah sampai dekat mana...tiba-tiba..eh..dah sampai depan rumah...jadi dia punya seronok tu...tak dapat digambarkan...

Tapi sekarang ni...dengan teknologi sedia ada..kita dah tahu bila dorang nak balik, dah ada kat mana dan sebagainya..sebab apa?setiap kali yang balik kampung ni berhenti kat mana-mana...pasti 'Check-in' dulu dekat Facebook..yang kat kampung ni pun..dah tahu..jadi dah hilang seronok...



Lepas tu bila saudara jauh dah sampai..tak dilayannya pulak..semua sibuk dengan gajet masing-masing...menyembang dekat Facebook ja...lepas tu selfie-selfie sikit..masuk Instagram dan Facebook..caption?jangan cakap la..

"seronok dekat kampung sebab jumpa saudara semua"

..seronok apanya kalau dah telefon duduk kat tangan sepanjang masa...

Tak dinafikan...teknologi sedia ada ni membantu untuk berhubung dengan orang lain, terutamanya yang jauh....tapi..kita kena tahu la had masa dan keadaan untuk guna dan tidak...

Jangan sampai, dekat sosial media nampak dekat, tapi dalam realiti sebenarnya kita jauh....
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan