03 Julai 2015

Peluang Kerja Di Kuala Lumpur

Semalam...bos aku ada buat macam offer kerja kat KL...mulanya aku cadang memang nak terima..tapi bila fikir poket, pengalaman dan cerita dari senior...aku dah macam was-was..sebab kerja kat Perak pun dah agak penat...tambah lagi, aku kerja kat KL sorang..tanpa jurugambar...macam mana aku tak cuak...

Aku bukan ada pengalaman yang banyak dalam bidang ni..setakat tiga bulan praktikal tu...celah gigi je...hahahaha...

Tapi aku ada bincang dengan pensyarah aku...dia cakap terima je..dia boleh bantu apa yang patut dan ni peluang aku untuk cari contact dan buat jaringan aku sendiri...

Tapi aku tak sedia lagi..ayat paling dalam dari pensyarah aku...

" You will never know you are ready unless you tried."

Agak-agak korang? #deep tak? Hahahaha...

Aku memang nak kerja kat KL...sebab macam apa yang pensyarah aku tu satu..satu lagi, aku ada peluang untuk ikut program Kelab Blogger Ben Ashaari...

Sekarang ni, aku tak pernah ikut program Kelab Blogger Ben Ashaari ni...apa yang aku mampu buat cuma viralkan dan tolong dari jauh ja...itu ja mampu...

Aku harap, kalau dapat kerja kat KL..biarlah aku ada sikit pengalaman dan betul-betul bersedia..insya Allah...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan