13 Jun 2015

Tun M vs Najib : Siapa betul, siapa salah?

Assalamualaikum...

Krisis kedua-dua pemimpin yang aku sangat hormati ni aku lihat makin lama makin teruk...pelbagai isu dah dimainkan oleh kedua-dua belah pihak...both of them ada hak masing-masing untuk menyatakan pendapat mereka ini betul..

Tun Mahathir sendiri, dia mungkin dapat merasakan ada kepincangan di dalam sistem pentadbiran Najib. Jadi, sebagai mantan Perdana Menteri yang dah memerintah selama 22 tahun, dia tahu apa kesilapan yang Najib buat...

Tapi, dia mungkin tak perlu meminta Najib untuk meletakkan jawatan like apa yang dia buat sebelum ni...Aku tahu, Tun tak nak apa yang dia usahakan selama ini, membawa nama Malaysia ke mata dunia, hilang macam tu sahaja...

Thats why dia menegur..menegur seseorang itu bukan untuk menjatuhkan, tetapi untuk menambahbaik pentadbiran yang ada...Tun menegur atas kapasiti seorang mantan Perdana Menteri yang amat sayangkan negara ni...cuma cara Tun agak sedikit 'kasar' di mata pemimpin-pemimpin yang berhati tisu sebelum ni..



Bagi Perdana Menteri pula, aku dapat rasakan yang dia nak tadbir negara ni mengikut acuan dia sendiri..atau dalam erti kata lain, dia nak lari dari 'bayang-bayang' pentadbiran zaman Tun Mahathir...

Yes..he must run this country with his own style...but, Najib pun perlu mendengar nasihat dan menerima teguran dari orang lama yang sudah mentadbir negara ni berpuluh tahun...

Najib juga perlu melihat keadaan rakyat sebelum buat sebarang keputusan dan menteri yang sedia ada, tidak perlu mengeluarkan statement yang memburukkan lagi keadaan ni..

Dengan adanya beberapa individu yang turut menyokong Najib, bagi aku, mereka bukan memulihkan krisis yang ada, tetapi memburukkan lagi keadaan.

Bagi aku, mereka perlu mencari jalan tengah bagi mendamaikan kedua-dua individu ini supaya Parti BN dan kerajaan yang ada sekarang ni kembali kuat..

Aku sebagai seorang penyokong kerajaan pun, macam dah muak dengan semua isu-isu yang dimainkan...cari lah jalan perdamaian supaya kedua-dua individu yang dihormati ni berdamai...

Bagi mereka berjumpa secara tertutup dan berbincang dari hati ke hati..tak perlu buat debat secara terbuka sebab ianya akan memburukkan lagi keadaan...

Aku sayang Tun Mahathir, aku hormat Najib..kedua-dua mereka ada pendapat masing-masing dan tak ada yang salah, tak ada yang betul..kedua-duanya salah, dan kedua-duanya betul...

Kepada admin-admin page politik yang pro kerajaan..jangan jadi batu api kepada kedua-dua pemimpin ni...anda juga perlu menjadi orang tengah, bukan saling menghentam antara satu sama lain..

Aku harapkan, isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin..dan kepada yang diatas sana..hentikan statement-statement bodoh yang akan mengeruhkan lagi keadaan...

ps: adoiii..dah kenapa aku up pasal isu politik tanah air ni??hahaha..ni mungkin sebab aku sedih tengok kedua-dua pemimpin yang aku hormati bertelagah sesama sendiri..
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan