08 Jun 2015

Tema Hari Kemerdekaan 2015

Assalamualaikum...



Tahun ni dah masuk tahun ke 58 kita merdeka...kira dah nak masuk kategori "warga emas" dah negara kita ni...

Setiap tahun, pasti akan ada tema-tema tsrsendiri untuk menyambut hari kemerdekaan kan?? Untuk tahun ni, tema apa yang dah dipilih...

Tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2015 ialah #sehatisejiwa ...perkara ni dah pun diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek..

Tema ni dah dipilih sebab ia memberi gambaran tentang kesefahanan, kesepaduan dan semangat kekitaan antara rakyat Malaysia.

Aku setuju..kita tengok masa kejadian banjir besar tahun lepas and yang terbaru, gempa bumi di Sabah.. berapa ramai rakyat kita yang sama-sama bersimpati, menzahirkan doa untuk rakan-rakan kita yang menjadi mangsa..

Walaupun tak kenal, tapi atas dasar menjadi warganegara yang sama, kita sama-sama membantu antara satu sama lain..

Jadi, pemilihan tema ni sangat bertepatan..bagi aku la...

Oh ya...satu lagi, mulai dari tahun ni, Hari Kemerdekaan takkan lagi disebut yang keberapa, tetapi akan disebut berdasarkan tahun..

Apa?? Tak faham? Okay..macam ni..kan tahun ni kita sambut Kemerdekaan yang ke 58..tapi kita takkan tulis Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 58, tapi kita akan tulis, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2015..

Apa pun..dengan tema tahun ni, aku setuju berbanding tema tahun lepas kot, Janji Ditepati..


posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan