16 Jun 2015

Orang-Orang Yang Beruntung....

Assalamualaikum...

Pagi tadi, aku ke Mydin Meru Raya untuk satu event BAIDURI dengan anak-anak dari Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dari seluruh Perak yang dipanggil Program Ceria Lebaran PDK- BAIDURI Perak..

Mereka ni dibawa ke Mydin untuk membeli baju-baju raya secara percuma di Mydin.

Well seperti yang kita tahu, PDK ni untuk golongan-golongan OKU yang membantu mereka dari segi pendidikan and so on..

Sepanjang aku cover event ni, aku dapat rasa sesuatu..mereka ni sangat beruntung...di dunia dan juga akhirat, insya Allah...



Dekat dunia ni, ada banyak pihak, NGO terutamanya yang sudi membantu dan menghulurkan bantuan untuk golongan-golongan ni..macam-macam bantuan yang diorang ni dapat..

Itu baru dari segi bantuan dari NGO, dari Kerajaan, tak termasuk lagi...tambah bulan-bulan puasa ni, lagi murah rezeki mereka...



Aku dapat tengok betapa seronoknya dorang ni memilih baju, songkok, sampin, tudung and so on...

Dalam hati aku dah terfikir...

"Walaupun mereka kekurangan sesuatu di dunia, rupanya dalam masa yang sama, Allah dah lebihkan mereka ni di dunia dan di akhirat, Insya Allah..."

Nasib kita...wallahualam....
posted from Bloggeroid

1 ulasan:

  1. Sempena Ramadhan, marilah kita sama-sama memperbaiki iman kita...

    http://bit.ly/1Ac2MaH

    BalasPadam