08 Jun 2015

Kerana Duit RM50...

Assalamualaikum...

Pagi-pagi lagi aku dah tercegat dekat Mahkamah Ipoh untuk satu kes rasuah yang melibatkan seorang warga asing dekat polis kita.

At first, aku ingatkan banyak la rasuahnya..rupanya RM50 je...dia cuba merasuah untuk anggota polis tu "lepaskan" adik dia yang ditahan sebab takda lesen..

And anggota polis tu tak terima duit tu mungkin sebab integriti dan itu memang tanggungjawab dia...



Dia dikenakan penjara 6 hari atau denda RM10,000 and kalau tak mampu bayar, penjara selama dua bulan.

Can we imagine, disebabkan RM50, kau terpaksa duduk dalam penjara selama dua bulan or kena bayar berpuluh kali ganda...

Kalau kita dah buat silap, tak perlu kita nak merasuah orang lain atau kita tanggung akibatnya sendiri.

Tapi, dalam masa yang sama, aku dapat lihat satu benda...kasih sayang seorang abang yang cuba untuk membebaskan adiknya daripada dikenakan tindakan undang-undang...

Dia cuba untuk lakukan sesuatu asalkan adiknya selamat, tapi sayang..cara dia salah...

And Alhamdulillah..siapa cakap polis kita amalkan rasuah?? Kes ni dah buktikan tidak semua anggota polis dan sebagainya amalkan rasuah..kita nampak yang satu kesalahan, tapi yang baik-baik ni, selalu kita abaikan...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan