12 Jun 2015

Kadar tol di 16 Lebuhraya akan naik??

Assalamualaikum...

Wahhh..kecoh media sosial hari ni ya pasal satu keratan surat khabar tentang kadar tol di 16 lebuh raya dekat Malaysia ni akan naik...



"Nak buat macam mana..rakyat negara ni kan banyak duit, memang suka bayar macam-macam kan.."

Well..itu komen popular yang aku baca setiap kali aku jumpa post pasal gambar ni dekat Facebook..

Bagi aku, as government supporter, kerajaan sekarang ni dah menggali kubur sendiri...satu persatu tindakan atau pun cadangan kerajaan dipertikaikan oleh rakyat...

Kena faham..rakyat sekarang ni ada banyak medium untuk dapatkan info berbanding dulu..jadi, kerajaan tak boleh tapis apa info yang perlu dan tak perlu dikeluarkan...

Kalau cadangan yang dikeluarkan itu memberi kebaikan kepada rakyat, rakyat takkan merungut dan complaint, tapi..dengan keadaan ekonomi sekarang ni, memang tak patut kerajaan naikkan semua benda...

Kerajaan kena faham keadaan rakyat sekarang ni..yes..kerajaan tahu apa yang mereka lakukan, mungkin itu baik untuk rakyat, tapi perlaksanaannya perlu kena pada masanya..

Macam GST, memang tak dinafikan ianya baik untuk rakyat, tapi waktu perlaksanaan sangat tak sesuai..waktu kerajaan goyah, takut-takut untuk pilihanraya akan datang, kerajaan yang ada sekarang akan jatuh..

Apa yang aku tulis, hanya apa yang aku rasa sebagai seorang rakyat yang percaya dengan kerajaan sekarang..cuma..sebelum buat apa-apa keputusan, perlu fikir kesediaan rakyat untuk hadapinya...

Walaupun kadar kenaikan tol ni baru cadangan..harap kerajaan pertimbangkan dulu sebelum buat keputusan..dapatkan balik kepercayaan rakyat, selesaikan segala konflik, skandal dan kontroversi..baru buat keputusan..

Buka apa..takut dah terhantuk baru nak tengadah...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan