29 Januari 2015

Berkahwin Atas Pilihan Keluarga

Assalamualaikum...

saja terfikir topik ni tadi lepas balik dengan parents aku dari Kedah siang tadi...masa dekat rumah saudara aku..mak aku tanya dekat saudara aku..ada tak sesiapa untuk mak aku masuk meminang...calonnya adalah aku sebab aku sorang ja yang single lagi dalam family aku...kononnya nak buat sekali aku dengan abang aku...

walaupun pada dasarnya aku tak setuju untuk buat dua sekali dengan abang aku..tapi sekarang ni..aku terima ja...cuma masalahnya..adalah siapa? aku still single dan malas mencari...

okay..back to the topic...berkahwin atas pilihan keluarga. apa pendapat anda? mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tidak setuju. setiap orang ada pendapat masing-masing, termasuk jugak aku.

bagi aku, berkahwin atas pilihan keluarga adalah satu pilihan yang baik. ya..mungkin ada yang beranggapan kahwin atas pilihan keluarga ni adalah satu tradisi kolot dan tak sesuai dipraktikkan orang zaman sekarang. mungkin ya.

tapi kita kena ingat, kadang-kadang pilihan kedua ibubapa kita adalah pilihan yang terbaik bagi kita sebabnya. mustahil ibubapa kita nak jodohkan kita dengan pasangan yang perangainya tak elok kan? sangat mustahil.

kita tengok orang dulu, berkahwin atas pilihan keluarga dan kekal sampai ke akhir hayat. orang sekarang, kahwin dengan pilihan sendiri.tapi tak ramai yang mampu kekal sampai ke akhir hayat.

memang betul jodoh, ajal, rezeki itu adalah rahsia Allah. tapi kita sebagai hambaNya kenalah merancang dan sebaik-baik perancang, bagi aku adalah kedua ibubapa kita.

naluri ibu dan ayah adalah yang paling betul dan insya Allah sentiasa betul. mungkin pada anggapan kita, ibubapa kita mengongkong kita dengan menjodohkan kita dengan pilihan mereka, tapi, rahsia Allah siapa tahu? mungkin kebahagiaan kita ada dengan jodoh pilihan ibubapa kita?

bagi aku pula, kalau betul ibubapa aku nak jodohkan aku dengan pilihan mereka, aku terima. sekurang-kurangnya mereka bahagia sebab aku dengar cakap mereka. ya lah..aku ni bukanlah anak yang baik sangat. so selagi mereka masih hidup, biarlah mereka bahagia tengok aku bahagia dengan pilihan mereka.

orang kampung aku ada dua orang yang aku tahu berkahwin atas pilihan keluarga. dan hasilnya..sudah ada dua orang anak. see?

lagi satu, bila kahwin dengan pilihan keluarga ni, mungkin orang cakap takda feel sebab tak pernah bercinta. tapi bagi aku..itu lagi seronok sebab bercinta lepas kahwin lagi sweet, tak payah fikir dosa dah sebab semua dah halal. betul tak?

satu lagi yang aku fikir, selama kita hidup ni, ibubapa kita banyak mengikut apa yang kita nak, tapi takkan dengan permintaan yang mungkin buat kali terakhir dari mereka, kita tak boleh nak ikut?

betul tak?

aku rasa itu ja kot..okay..assalamualaium...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan