Adam dan Hawa..

Assalamualaikum...dah lama rasanya insanmalam tidak menulis di sini...untuk artikal kali ini..insanmalam akan berbicara tentang apa yang perlu adad di dalam perhubungan kita sesama manusia...
Memang sebagai manusia kita memerlukan cinta dalam hidup untuk memastikan hidup kita ini menjadi lebih indah dari biasa..namun masih ada orang yg bertanya..apa yg perlu ada dalam setiap perhubungan antara Adam dan Hawa..bagiku..dalam setiap percintaan kita perlu menggunakan formula 5K1P...baca untuk penjelasan...
the first K..KEIKHLASAN...dalam memulakan sesuatu perhubungan..keihklasan mesti lah wujud bagi memastikan perhubungan itu berkekalan..andai keikhlasan itu tiada dalm percintaan..nescaya perhubungan itu hanya satu kepura-puraan dan ia hanya akan bersifat sementara..namun andai cinta itu wujud di atas landasan keikhlasan dan faktor2 lain..Insya Allah ia akan berkekalan...
K yg kedua ialah KEJUJURAN...kejujuran mesti ada dalam perhubungan..semua yg insan malam nyatakan di sini adalah faktor yg perlu ada dlam hubungna Adam dan Hawa.Kejujuran dalam perhubungan akan membuatkan alam percintaan itu akan menjadi lebih indah dari apa yg kita sangkakan...dengan hanya satu penipuan sahaja..ia akan memusnahkan hubungan percintaan antara Adam dan Hawa..justeru itu..Kejujuran amat penting dalam percintaan..
Keikhlasan dan kejujuran yg ada akan mewujudkan KEPERCAYAAN dalam perhubungan..kebanyakan cinta pada masa kini hanya percaya pada nama..namun bukan dengan perlakuan..disebabkan itulah perhubungan antara Adam dan Hawa akkan musnah jika rasa percaya itu hanya senipis kulit bawang..kepercayaan pada takdir dan pasangan masing-masing...Kepercayaan akan membuatkan pasangan itu merasa dirinya betul-betul bermakna...justeru itu kepercayaan pada pasangan masing-masing adalah penting dalam perhubungan antara Adam dan Hawa..
Setelah lahirnya kepercayaan didalam hati..ia akan mewujudkan pula KESETIAAN..setia bukan hanya pada nama..namun setia pada perlakuan hati dan perasaan..kesetiaan akan membuatkan perhubungan itu berkekalan...
K yang terakhir ialah KEBERANIAN..Keberanian di sini adalah untuk melakukan sesuatu yang mungkin kita tak pernah menduga ataupun terfikir untuk melakukannya..namun di sinilah akan terbukti segala keikhlasan,kejujuran,kepercayaan dan kesetiaan kita pada pasangan kita..namun keberanian ini haruslah bertempat...
dan P itu ialah PENGORBANAN..pengorbanan di sini ialah kita kena gabungkan kesemua K itu barulah ia boleh di gelar pengorbanan demi cinta..pengorbanan di sini mungkin dalah untuk melepaskan insan yg kita sayangi demi untuk membahagiakan dia walaupun kita yang terluka..namun itulah erti pengorbanan yng sebenar di dalam cinta...
Amalkan 5K1P ini..insyaAllah ia akan mengekalakan cinta antara manusia yang digelar Adam dan Hawa..sekian sahaja dari InsanMalam buat masa ini...sekian..Assalamualaikum..

Catat Ulasan

0 Ulasan